(21)? ?girlnd Flames? ????? ?? ???Rating: 4.6 (23 Ratings)??43 Grabs Today. 9962 Total Grabs. ??????Previe
w?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. C BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Jumaat, 26 Jun 2009

Kerana Sayang 1...

Hajah Zubaida tahu,keputusan Haji Amri sudah tetap. Pujuk lah bagaimana pun,rayu lah hingga keluar airmata darah sekali pun ia tak kan mengubah apa-apa.Tahu sangat dia dengan perangai suaminya itu. Kalau sudah A jangan memandai menukar kan nya ke B. Itu sengaja mencari nahas namanya. Silap haribulan dirinya juga akan di amuk. Haji Amri sudah tua begini pun masih belum dapat mengikis sikap panas baran nya.
Kasihan pula Hajah Zubaida melihat anak gadis bongsu nya itu. Termenung sana,termenung sini. Kadang-kadang dia boleh melihat airmata bertakung di tubir mata anak gadis nya itu. Belas menusuk ke jiwa tua nya. Seksa benar dilihatnya jiwa gadis itu.
Apalah daya Hajah Zubaida lagi. Sudah sehabis usaha dia memujuk Haji Amri supaya membenarkan sahaja anak gadis bongsu nya itu ke Kuala Lumpur. Bukan jauh benar. Bila-bila masa anak gadis mereka itu boleh pulang menjengah bila teragak.Bukan sengaja pula anak gadis nya itu mahu ke sana,untuk membantu kakak nya juga,anak Haji Amri juga.
Hajah Zubaida tidak faham dengan suami nya itu. Kalau ikutkan sayang,dia pun sayang benar dengan anak gadis nya itu.Malah berkali ganda dari semua orang yang ada di dalam rumah ini. Tidak boleh tidak anak yang di sayangi nya sepenuh hati itu harus berada di ruang mata nya setiap saat. Tetapi mengapa dia sanggup mengiyakan sahaja apabila Suhana meminta pertolongan adik nya menjaga anak-anak nya sekejap sementara mendapat kerja tetap.

“Gaji Ana tu bukan sedikit hingga tak mampu mengaji kan pembantu rumah. Adik nya juga yang dia mahu. Aku tak percaya Ana tu..” Rungut Haji Amri sewaktu Hajah Zubaida memberitahu hajat Suhana pulang menjengah.

“Kalau tak kerana pembantunya lari tak kan dia datang menjengah kita Zu..Faham sahaja lah sikap anak awak yang seorang tu. Kalau bukan perlukan adik nya untuk di kuli-kuli kan tak dia sudi balik ke kampung ni. Habis lah kereta besar dia tu terpalit tahi lembu”

Faham benar Hajah Zubaidah, semenjak Suhana bersuami kan lelaki kaya berpangkat tidak pernah pulang menziarah. Itu yang Haji Amri terkilan. Sudah dapat gading bertuah dia ibarat tanduk yang langsung tidak berguna lagi. Buruk benar mereka suami isteri pada anak yang gila harta itu.
Haji Amri sendiri tidak tahu mengapa Suhana yang sangat dia bangga kan tergamak memperlakukan dia seperti kain buruk yang tidak berharga. Dahulu sebelum dia berkahwin dengan menantunya itu Suhana anak yang sangat baik. Baik dia mahu pun isteri nya sangat sayang kan Suhana. Saban minggu dia sanggup berulang ke Universiti Malaya untuk melawat anak kesayangan nya itu. Semua nya untuk memastikan anak nya tidak kesunyian di rantau orang. Semua nya kerana sayang yang melimpah ruah buat kedua anak gadis mereka
Sayang nya Suhana ibarat tenggang yang lupa daratan di mana bumi dia berpijak . Dia lupa lelah Haji Amri berkejar kehulu-ke hilir hanya untuk memastikan dia berjaya dan tidak tandus kasih ibu bapa. Dia lupa Hajah Zubaida yang bertungkus-lumus memasak itu dan ini semata-mata untuk memastikan anak kesayangan mereka itu Berjaya. Manusia memang cepat lupa bila berada di puncak. Suhana di antara mereka yang lalai dengan keduniaan.